Perkhidmatan pendaftaran dan pembaharuan Kad Hijau CIDB yang pantas, mudah dan selamat. Termasuk perlindungan Takaful.

Kami menyediakan perkhidmatan lengkap untuk semua keperluan CIDB anda dengan harga berpatutan.
Daftar Kad Hijau CIDB untuk pekerja binaan tempatan dan asing
Renew Kad Hijau CIDB yang tamat tempoh dengan proses mudah dan pantas
Mohon kad gantian tanpa laporan polis. Terima Pas Sementara dalam 24 jam.
Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994, semua pekerja binaan di Malaysia diwajibkan untuk berdaftar dengan CIDB dan memiliki kad ini bagi memastikan mereka layak bekerja dalam sektor pembinaan. Akta ini bertujuan untuk mengawal selia pembangunan industri pembinaan serta meningkatkan tahap profesionalisme dan keselamatan di tapak pembinaan.
Hanya 4 langkah mudah untuk mendapatkan atau memperbaharui Kad Hijau anda.
Lengkapkan maklumat peribadi dan pilih jenis perkhidmatan yang diperlukan.
Bayar secara online melalui FPX, kad kredit/debit, atau e-wallet.
Permohonan diproses selama 2 hari (waktu bekerja). Pas sementara akan dijana.
Kad CIDB anda akan dihantar oleh CIDB dalam tempoh 14 hari bekerja.
Temui jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanya tentang perkhidmatan kami.
Kad Hijau CIDB adalah kad pengenalan rasmi untuk pekerja binaan di Malaysia yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kad ini wajib dimiliki oleh semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan mengikut Akta 520.
Proses permohonan biasanya mengambil masa 24 jam (waktu bekerja) untuk kelulusan. Selepas itu, kad fizikal akan dihantar ke alamat anda dalam masa 3-5 hari bekerja. Anda juga boleh memohon Pas Sementara yang sah sementara menunggu kad fizikal. Untuk makluman, kad anda diproses pada waktu bekerja sahaja iaitu Isnin - Jumaat tidak termasuk cuti umum,
Untuk pekerja tempatan: Salinan MyKad (depan dan belakang). Untuk pekerja asing: Salinan passport dan permit kerja yang sah. Jika anda sudah mempunyai sijil SICW, sila sertakan sekali.
Ya, semua Kad Hijau CIDB termasuk perlindungan Takaful (insurans) yang melindungi pekerja sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja. Perlindungan ini aktif sepanjang tempoh sah kad anda.
Anda boleh memohon kad gantian melalui perkhidmatan kami. Tiada laporan polis diperlukan. Kami akan mengeluarkan Pas Sementara dalam masa 24 jam (waktu bekerja) sementara kad gantian diproses.
Ya, anda boleh memperbaharui Kad Hijau walaupun sudah tamat tempoh. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan untuk memohon pembaharuan sebelum tarikh tamat untuk mengelakkan sebarang masalah di tapak bina.
Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran termasuk Online Banking (FPX), kad kredit/debit (Visa, Mastercard), dan e-wallet popular seperti Touch 'n Go, GrabPay, dan Boost.
Mulakan permohonan anda sekarang atau hubungi kami melalui WhatsApp untuk sebarang pertanyaan.