Ramai yang ingat harga renew kad hijau CIDB mahal, tapi sebenarnya yang selalu jadi masalah adalah terlambat renew.
Bila bercakap pasal harga renew CIDB, ramai pekerja binaan terus fikir kos semata-mata.
Tapi dalam pengalaman kami urus renewal setiap hari, masalah sebenar biasanya bukan harga.
Masalah paling kerap berlaku ialah:
- terlupa renew
- kad dah expired baru nak check
- tak boleh masuk site
- main contractor reject
- insurance/takaful dah tak aktif
- pekerja asing punya permit tak match
Ada juga kes pekerja datang dekat guard house baru sedar kad tamat tempoh minggu lepas.
Masa tu memang susah sebab banyak site sekarang scan status terus dalam sistem.
Harga Renew CIDB Terkini Untuk Pekerja Tempatan
Untuk pekerja tempatan, harga renew CIDB biasanya bergantung pada tempoh sah yang dipilih.
Kebanyakan orang ambil 1 tahun sebab nak jimat bajet awal, tapi kontraktor yang memang aktif dalam industri biasanya terus ambil 3 hingga 5 tahun supaya tak pening renew setiap tahun.
Harga Renew CIDB Terkini
Berikut adalah senarai harga pembaharuan CIDB bagi pekerja tempatan di website kami berdasarkan tempoh sah kad:
| Tempoh Sah | Harga Renew CIDB (Pekerja Tempatan) |
|---|---|
| 1 Tahun | RM70 |
| 2 Tahun | RM125 |
| 3 Tahun | RM175 |
| 4 Tahun | RM210 |
| 5 Tahun | RM250 |
⚠️ Nota: Harga mungkin berbeza sedikit bergantung kepada penyedia servis.
Harga Renew CIDB Untuk Pekerja Asing
Untuk pekerja binaan bukan warganegara (pegawai asing), kadar pembaharuan biasanya berbeza dan lebih tinggi — ia boleh kekal sekitar RM350 dan ke atas bergantung kepada tempoh permit kerja.
Untuk Foreign Worker, Selalunya Ada Lagi Banyak Isu
Kalau pekerja asing, proses renew CIDB memang selalunya lebih complicated sedikit.
Especially bila melibatkan:
- passport baru
- permit kerja baru
- tukar majikan
- nama tak sama dalam sistem
- permit hampir tamat tempoh
Dan ya, harga renew CIDB foreign worker biasanya lebih tinggi.
Kebanyakan kes sekitar RM350 ke atas bergantung pada dokumen dan tempoh permit kerja.
Kadang bukan isu bayaran pun.
Dokumen tak match saja dah boleh delay proses.
Kami pernah jumpa kes passport baru tak update dalam sistem lama. Bila submit renewal, terus sangkut sebab sistem anggap pekerja berbeza.
Jangan Tunggu Kad Mati Baru Nak Renew
Ini benda yang ramai ambil ringan.
Bila kad masih ada dalam wallet, ramai assume semuanya masih aktif.
Padahal status dalam sistem dah tamat.
Bila dah expired:
- tak boleh masuk site
- safety induction kena tahan
- audit CIDB boleh jadi masalah
- takaful mungkin tak aktif
- kerja tergendala
Sebab tu kami biasanya cadangkan renew awal sekitar 30 hingga 60 hari sebelum tamat tempoh.
Especially untuk:
- pekerja site aktif
- kontraktor dengan ramai pekerja
- foreign worker
- projek GLC atau projek besar
Site besar sekarang memang ketat.
Expired sehari dua pun kadang terus reject access.
Website CIDB Kadang Buat Pengguna Confuse
Secara jujur, ramai pekerja binaan bukan jenis biasa guna portal online yang banyak step.
Ada yang:
- lupa login
- tak faham menu
- tak jumpa bahagian renewal
- loading lambat
- tak pasti dokumen apa perlu upload
Akhirnya ramai postpone renewal sampai last minute.
Sebab tu ramai pengguna sekarang lebih suka guna borang renewal yang lebih direct dan simple.
Cara Renew CIDB Secara Online Yang Ramai Pengguna Buat Sekarang
Untuk pekerja tempatan, proses biasanya lebih mudah kalau dokumen lengkap.
Secara asasnya:
- Isi borang renewal online
- Pilih tempoh sah kad
- Buat pembayaran
- Tunggu pengesahan
- Terima pas sementara sementara kad fizikal diproses
Anda boleh renew melalui:
Borang Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB
Biasanya pengguna akan terima pas sementara dahulu sebelum kad fizikal siap.
Kalau urgent masuk site, pas sementara ni memang penting.
Situasi Yang Selalu Buat Renewal Delay
Antara kes yang paling kami selalu handle:
Nama tak sama dengan IC atau passport
Nampak kecil, tapi sistem boleh reject terus.
Gambar tak jelas
Ramai upload gambar blur atau crop terlalu dekat.
Permit foreign worker hampir tamat
CIDB kadang perlukan permit yang masih valid.
Renewal dibuat terlalu last minute
Bila ramai orang renew serentak, processing boleh jadi lebih lambat.
Especially hujung tahun atau sebelum audit besar projek.