Terma & Syarat 

Sila baca terma ini dengan teliti sebelum menggunakan servis kami.

  • Status Agensi: Pro Tech Management adalah agensi swasta bebas yang memberikan khidmat rundingan dan bantuan pendaftaran/pembaharuan. Kami BUKAN pihak CIDB atau ejen rasmi kerajaan.

  • Ketepatan Maklumat: Pelanggan bertanggungjawab memastikan semua maklumat dan dokumen yang diberikan adalah benar dan sah. Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan permohonan disebabkan maklumat palsu.

  • Tempoh Proses: Kami akan memulakan proses permohonan dalam tempoh 24-48 jam (waktu bekerja) selepas dokumen lengkap diterima. Tempoh kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara dan sistem pihak CIDB.

  • Caj Perkhidmatan: Harga yang dipaparkan merangkumi yuran rasmi kerajaan dan caj pengurusan (service charge) kami. Dengan membuat bayaran, anda bersetuju dengan jumlah tersebut.

  • Akses CIMS: Kemaskini terkini sistem CIDB, permohonan pembaharuan/penggantian Kad Hijau CIDB kini memerlukan akses log masuk ke dalam sistem CIMS. Oleh itu, pihak kami memerlukan akses tersebut bagi membantu menguruskan permohonan pembaharuan/penggantian Kad Hijau CIDB anda dengan lebih lancar. Dengan ini, anda bersetuju memberikan akses dan membenarkan pihak kami untuk mengakses akaun log masuk sistem CIMS anda semata-mata bagi tujuan memproses permohonan tersebut.